16 June, 2009

Bab 1Berdasarkan contoh yang sesuai, jelaskan maksud barang ekonomi dan barang percuma

5 comments:

  1. Barang ekonomi ialah barang yang penawarannya terhad dan penggunaan barang tersebut melibatkan kos. Misalnya kereta adalah barang ekonomi kerana bilangan kereta yang dikeluarkan adalah terhad dan pengguna perlu membayar sejumlah wang baru dapat membeli barang tersebut.

    Dengan yang demikian penggunaan barang ekonomi melibatkan kos lepas kerana penggunaan sesuatu barang ekonomi memerlukan pengguna melepaskan barang yang lain.


    Barang percuma adalah anugerah alam semula jadi yang penawarannya tidak terhad. Contoh barang percuma ialah udara, cahaya matahari, dan air laut.

    Oleh sebab penawarannya tidak terhad, masalah kekurangan barang percuma tidak wujud. Kos lepas untuk memperoleh barang percuma juga adalah sifar. Justeru itu barang percuma tidak mempunyai harga sebagai ukuran nilanya.

    ReplyDelete
  2. okay, saya dah faham

    ReplyDelete
  3. saya ingin bertanya, apakah maksud barang-barang dalam ilmu ekonomi dan apakah perbezaan barang modal dan barang pengguna? harap encik dapat membantu, terima kasih

    ReplyDelete
  4. contoh barang barang ekonomi appa aja ya? thank you

    ReplyDelete
  5. saya nak tahu perbezaan antara barang percuma dengan barang ekonomi

    ReplyDelete