20 June, 2009

Bab 2 Dengan bantuan rajah, terangkan kesan kemajuan teknologi terhadap keseimbangan pasaran dalam pengeluaran kereta.

Tips :
- perhatikan kata kunci dalam soalan ;
- kemajuan teknologi
- keseimbangan pasaran

Anda perlu membuat rumusan bagaimana perubah itu mempengaruhi harga dan kuantiti keseimbangan.
Fikir :
- Kemajuan teknologi mempengaruhi DD atau SS
- Bagaimana kemajuan teknologi dapat mempengaruhi DD atas SS?
Keluk DD/SS beralih ke kiri atau ke kanan?

9 comments:

  1. • Penggunaan teknologi baru dalam proses pengeluaran akan menaikkan produktiviti pengeluaran dan kos pengeluaran barang kereta menjadi semakin murah.
    Penawaran kereta dapat ditambahkan dengan cepat dengan penggunaan teknologi baru. Kesan daripada itu, penawaran kereta meningkat.
    • Keadaan ini ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kiri dari S0S0 ke S1S1. Dengan keluk permintaan D0D0, keseimbangan pasaran akan berpindah dari titik E0 ke E1. Maka harga keseimbangan telah menurun daripada P0 ke P1 manakala kuantiti keseimbangan akan meningkat daripada Q0 ke Q1.

    ReplyDelete
  2. mr.yeam jika penawaran kereta meningkat peralihan keluk ke kiri atau ke kanan??
    mr.yeam tulis keluk penawaran beralih ke kiri..

    ReplyDelete
  3. mr.yeam keluk penawaran beralih ke kiri atau ke kanan?
    mr.yem tulis peralihan keluk penawaran ke kiri

    ReplyDelete
  4. mr.yeam bagaimana soalan ini
    dengan menggunakan rajah yang sesuai jelaskan dua keadaan yg menyebabkn harga sesuatu barang boleh meningkat berpandukan kepada analisis keseimbangan pasaran

    ReplyDelete
  5. Terima kasih, kesilapan saya, harus ke kanan. Saya akan edit semula

    ReplyDelete
  6. • Penggunaan teknologi baru dalam proses pengeluaran akan menaikkan produktiviti pengeluaran dan kos pengeluaran barang kereta menjadi semakin murah.
    Penawaran kereta dapat ditambahkan dengan cepat dengan penggunaan teknologi baru. Kesan daripada itu, penawaran kereta meningkat.
    • Keadaan ini ditunjukkan oleh peralihan keluk penawaran ke kanan dari S0S0 ke S1S1. Dengan keluk permintaan D0D0, keseimbangan pasaran akan berpindah dari titik E0 ke E1. Maka harga keseimbangan telah menurun daripada P0 ke P1 manakala kuantiti keseimbangan akan meningkat daripada Q0 ke Q1.

    ReplyDelete
  7. mr yeam bagaimana hendak selesaikan soalan ini??

    denagn menggunakan rajah yang sesuai,huraikan kesan terhadap keseimbangan pasaran kereta tempatan kesan
    (a)kenaikan tariff atas kereta import
    (b)kenaikan daya pengeluaran pekerja dalam industri kereta tempatan
    (c)kejayaan kerajaan mempromosikan kereta tempatan di luar negara

    ReplyDelete
  8. mr yem bagaimana hendak selesaikan soalan ini?

    kesan2 peristiwa terhadap keseimbangan pasaran komiditi. bincangkan keseimbangan pasaran (market equilibrium) antara minyak dan kereta apabila peperangan meletus.

    ReplyDelete
  9. negara A merupakan pengeluar utama bahan api (minyak). apa akan berlaku ke atas keseimbangan pasaran minyak di negara A sekiranya berlaku peperangan. memandangkan kereta merupakan penggenap kepada bahan api, apa akan berlaku ke atas keseimbangan pasaran kereta akibat daripada peperangan di negara A tersebut.

    mohon pandangan tuan.

    ReplyDelete