01 October, 2013

Bab 1 Bagaimana kos lepas meningkat mempengaruhi bentuk keluk kemungkinan pengeluaran


Kos lepas semakin meningkat bermaksud bagi setiap unit tambahan suatu barang, jumlah barang lain yang perlu dilepaskan semakin bertambah. 





Keluk kemungkinan pengeluaran berbentuk cembung ke titik asalan sekiranya kos lepas semakin meningkat. 

Pergerakan dari A ke E menunjukkan semakin banyak barang X dikeluarkan, semakin banyak barang Y perlu dilepaskan. Misalnya kos lepas per unit X apabila titik pengeluaran bergerak dari A ke B, B ke C, C ke D, dan D ke E ialah 2Y. 4Y, 6Y dan 8Y masing-masing.  Keadaan ini berlaku kerana faktor pengeluaran X dan Y bukan pengganti yang sempurna.


2 comments: