02 October, 2013

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran barang.



Keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan (DD) bersilang dengan keluk penawaran (SS) di titik E pada harga P2 dan kuantiti Q2.

 

Pada harga yang lebih tinggi daripada P2 iaitu P3, kuantiti ditawar sebanyak 0Q3 manakala kuantiti diminta sebanyak 0Q1.  Oleh itu, berlaku lebihan penawaran sebanyak Q1Q3 di pasaran.  Lebihan penawaran menyebabkan harga cenderung turun sehingga keseimbangan pasaran tercapai semula.

Pada harga yang lebih rendah daripada P2 iaitu P1, kuantiti diminta sebanyak 0Q3 manakala kuantiti ditawar sebanyak 0Q1.  Oleh itu, berlaku lebihan permintaan sebanyak Q1Q3 di pasaran.  Lebihan permintaan menyebabkan harga naik sehingga keseimbangan pasaran tercapai semula.

No comments:

Post a Comment