13 September, 2009

Bab 6 Dengan bantuan rajah, terangkan mengapa firma pasaran persaingan sempurna yang mengalami kerugian masih meneruskan operasi.






Berdasarkan gambar rajah di atas, keseimbangan berlaku apabila keluk kos sut (MC) sama dengan hasil sut (MR) di titik E1 pada harga P1 dan kuantiti Q1.  Jumlah hasil ialah 0P1E1Q1 mnakala jumlah kos ialah 0P2AQ1.  Firma kerugian sebanyak P1P2AE1.
Jumlah hasil dapat menampung semua kos berubah 0P0BQ1 dan sebahagian kos tetap P0P1AB.  Sekiranya firma tutup operasi, firma terpaksa menanggung semua kos tetap sebanyak P0P1AB. 

• Firma masih dapat meneruskan kegiatannya dengan menggunakan jumlah hasil untuk membiayai semua kos berubah dan menutup sebahagian kos tetap.
• Kerugian firma adalah lebih besar jika firma menutup berbanding dengan firma meneruskan operasinya. Justeru itu firma harus meneruskan operasinya untuk mengurangkan kerugian.
• Alasan-alasan lain :
i. Jika firma berhenti, firma akan kehilangan semua pelanggannya kerana pelanggannya telah beralih kepada pengeluar lain.
ii. Jika firma berhenti sementara dan memulakan operasi semula kemudian, firma terpaksa melatih tenaga buruhnya semula.
iii. Jika firma memberhentikan operasinya , firma akan mendapat imej yang buruk yang sukar dipulihkan semula di kemudian hari.

No comments:

Post a Comment