01 October, 2013

Bab 1 Tujuan kerjaan campur tangan dalam kegiatan ekonomi



§  Tujuan campur tangan kerajaan 
i.       Menyediakan barang awam
Pihak swasta tidak menyediakan barang awam kerana barang awam tidak tertakluk kepada prinsip pengecualian dan penyediaan barang awam lazimnya memerlukan kos yang tinggi. Kerajaan menggunakan hasil kutipan cukai untuk membiayai kos penyediaan barang awam. Barang awam disediakan untuk meningkatkan kebajikan masyarakat.
ii.     Membaiki agihan pendapatan
Persaingan yang tidak adil dalam pasaran bebas menyebabkan jurang agihan pendapatan besar antara golongan yang berada dengan golongan yang miskin. Kerajaan menggunakan sistem pencukaian dan subsidi untuk mengagih semula pendapatan dan mengecilkan jurang perbezaan pendapatan itu. Kerajaan melaksanakan dasar untuk membasmi kemiskinan dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan masyarakat.
iii.    Mengawal kuasa monopoli
Persaingan yang tidak sempurna dalam pasaran mewujudkan monopoli. Kerajaan mengawal kuasa monopoli dan menggalakkan persaingan yang sihat dalam pasaran. Kerajaan boleh menggalakkan kemasukan firma baru ke dalam pasaran dengan menghapusan sekatan kemasukan baru dalam pasaran.   
iv.    Mengawal eksternaliti negatif
Aktiviti ekonomi yang bebas menimbulkan kesan luaran negatif kepada pihak lain. Campur tangan kerajaan melalui undang-undang dan peraturan bertujuan untuk mengawal dan menghapuskan eksternaliti negatif, misalnya pengguabalan undang-undang dikuatkuasakan menghentikan penggunaan bahan  seperti CFC yang dapat menjejas kualiti alam sekitar.
v.      Menstabilkan tingkat harga
Permintaan dan penawaran yang sering berubah-ubah menyebabkan kegiatan ekonomi sentiasa turun naik sehingga menimbulakan masalah kestidakstabilan tingkat harga umum. Kerajaan campur tangan dalam ekonomi melalui dasar fiskal dan dasar kewangan untuk menstabilkan ekonomi.

2 comments:

  1. Read through posts about bab 1 :)
    -Hui A40

    ReplyDelete
  2. done reading and copy :) -idayu a40

    ReplyDelete