14 October, 2011

Terangkan mengapa keluk kos purata jangka pendek berbentuk ‘U’



·      Kos puarata (AC)  =  AFC + AVC
·      AC mencerun apabila kedua-dua AFC dan AVC semakin menurun apabila output bertambah.
·      Selepas output Q1, hukum pulangan berkurangan menyebabkan AVC semakin meningkat, namum kos purata masih menurun kerana kejatuhan kos tetap purata lebih besar daripada kenaikan kos berubah purata.
·      Selepas Q2, AC meningkat kerana kenaikan AVC  lebih besar daripada AFC
AC berbentuk U sebab dipengaruhi oleh hukum pulangan berkurangan. 
Hal ini menyebabkan keluk AC berbentuk U.

Terangkan EMPAT faktor yang dapat menyebabkan penawaran tak anjal

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan proses keseimbangan di pasaran barang


Keseimbangan berlaku apabila keluk permintaan (DD) bersilang dengan keluk penawaran (SS) pada titik E dengan tingkat harga keseimbangan P2 dan kuantiti Q2.
Pada harga yang lebih tinggi daripada P2, misalnya P3, kuantiti ditawar sebanyak 0Q3 manakala kuantiti diminta sebanyak 0Q1.Lebihan penawaran sebanyak Q1Q3 di pasaran dan harga cenderung menurun. Penurunan harga mendorong pengguna untuk menambahkan kuantiti diminta .Pengeluar mengurangkan kuantiti yang ditawarkan . Harga menurun sehingga keseimbangan pasaran tercapai semula .
Pada harga yang lebih rendah daripada P2, misalnya P1, kuantiti diminta sebanyak 0Q3 manakala kuantiti ditawar sebanyak 0Q1.Lebihan permintaan Q1Q3 di pasaran dan harga cenderung naik. Kenaikan  harga menyebabkan  pengguna untuk mengurangkan kuantiti diminta . Pengeluar terdorong menambahkan kuantiti yang ditawarkan . Harga naik sehingga keseimbangan pasaran tercapai semula .

21 March, 2011

Makro Bab 1 Matlamat dasar makroekonomi

Terangkan 2 kepentingan pencapaian matlamat guna tenaga penuh.Secara ringkas terangkan mana-mana dua dasar makroekonomi yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat tersebut.


 

Kepentingan pencapaian matlamat guna tenaga penuh ialah:

i) Apabila ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, keluaran negara dan kebajikan masyarakat telah mencapai tingkat yang maksimum.

ii) Berlakunya pengangguran dalam ekonomi bermakna ketidakcekapan dalam pengeluaran dan pembaziran sumber-sumber ekonomi.


 

Dua dasar yang boleh digunakan untuk mencapai matlamat tersebut ialah:

i) Dasar fiskal mengembang melalui pertambahan perbelanjaan kerajaan dan pengurangan cukai atau kedua-duanya serentak untuk meningkatkan perbelanjaan agregat dan menutup lompang deflasi dan seterusnya mengurangkan masalah pengangguran.

ii) Dasar kewangan mengembang melalui bank pusat dengan menambahkan bekalan wang dan menurunkan kadar bunga atau kedua-duanya serentak untuk meningkatkan perbelanjaan agregat dan menutup lompang deflasi dan seterusnya mengatasi masalah pengangguran.

Oleh Noor Suhada bt Hakim William

17 January, 2011

Tenaga Nuklear Wajar Dipertimbang, Kata Ketua TNB

15 Januari, 2011 19:19 PM

KUALA LUMPUR, 15 Jan (Bernama) -- Banjir yang melanda Australia sekarang ini menaikkan harga arang batu dan ini mewajarkan Malaysia menimbangkan secara serius tenaga nuklear bagi menjana elektrik, kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Tenaga Nasional Bhd (TNB) Datuk Seri Che Khalib Mohamad Noh.

"Disebabkan kekurangan gas dalam negara, kita mempelbagaikan penjanaan elektrik kita untuk termasuk arang batu.

"Kini dengan keadaan cuaca yang buruk di Australia dan Kalimantan, serta cuaca sejuk di hemisfera Utara, permintaan bagi arang batu tiba-tiba melonjak tetapi bekalannya terhad.

"Juga terdapat semakin banyak kilang yang menggunakan arang batu di tempat-tempat lain dan ini menjadikan kenaikan harga arang batu lebih 50 peratus dalam masa enam bulan lepas," kata beliau semasa ditemui pada karnival sukan untuk kanak-kanak anjuran TNB di sini Sabtu.

Arang batu menguasai 40 peratus sumber penjanaan tenaga TNB.

AmResearch dalam laporannya baru-baru ini berkata berkata berdasarkan harga semasa yang berlegar melebihi US$100 setan dan dengan kadar tukaran US/RM, untung bersih Tenaga bagi tahun kewangan 2011 hingga 2013, berkemungkinan susut antara 28 dan 29 peratus.

Tenaga membeli 17 peratus daripada keperluan arang batunya yang sebanyak 18 juta tan dalam tahun kewangan 2010 dari Australia, 71 peratus dari Indonesia dan 11 peratus dari Afrika Selatan, kata firma penyelidikan itu.

Arang batu menguasai 48 peratus kos bahan api Tenaga bagi tahun kewangan 2010.

"Kami menganggarkan kenaikan US$10 setan dalam kos arang batu melebihi unjuran purata kos arang batu kami, boleh mengurangkan untung bersih Tenaga bagi tahun kewangan 2011 sebanyak 18 peratus," jelasnya.

Oleh itu, Che Khalib berkata adalah tepat pada masa bagi kerajaan untuk melihat secara serius berhubung penjanaan elekrik daripada tenaga nuklear.

Beliau berkata sebagai pengeluar tenaga terbesar negara, TNB menyokong inisiatif kerajaan untuk mewujudkan Perbadanan Tenaga Nuklear, memandangkan negara kini boleh melihat kepada alternatif.

-- BERNAMA

Soalan:

  1. Dengan menggunakan rajah DD-SS, terangkan mengapakan harga arang batu melonjak ke paras yang tinggi?
  2. Pada pendapat anda bagaimanakah kos untuk menjana kuasa elektrik dapat dikurangkan?
  3. apakah yang anda jangkakan terhadap penawaran eletrik dalam jangka panjang sekiranya Malaysia menggunakan tenaga nuclear bagi menjana elektrik?
  4. Pada pendapat anda mengapakah masih terdapat pihak tertentu yang menentang rancangan kerajaan untuk menjana kuasa elektirk dengan menggunakan tenaga nuclear?
  5. Pada pendapat anda apakah faedah dan kesan luaran menggunakan tenaga nuclear untuk menjana kuasa elektrik?