17 September, 2009

Bab 6 Kuasa Monopoli

Soalan

A

Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa monopoli?

[1]

B

Huraikan 2 faktor yang menyebabkan monopoli wujud dalam pasaran.

[4]

Rangka Jawapan

a 

Kuasa monopoli merujuk kepada keupayaan firma untuk menentukan harga atau kuantiti keluaran.

b 

Keperluan saiz modal yang besar.

  • Kegiatan pengeluaran sesetengah barang dan perkhidmatan memerlukan saiz modal yang besar untuk beroperasi dengan cekap dan menghasilkan output dalam kuantiti yang banyak. º Contoh : bekalan air dan eletrik memerlukan modal yang besar untuk pembinaan empangan, dan sistem jaringan. »
  • Firma perlu beroperasi secara besar-besaran sehingga menikmati pelbagai ekonomi bidangan yang dapat menurunkan kos per unit output. Firma baru dihalang daripada memasuki pasaran kerana firma yang sedia ada telah menguasai keseluruhan pasaran dengan output yang tinggi pada kos dan harga yang rendah. Amat sukar untuk firma yang baru masuk bersaing dengan firma yang sedia ada kerana saiz modal yang diperlukan besar dan risiko pelaburn adalah tinggi


     

Keupayaan teknologi

  • Pengeluaran barangan tertentu memerlukan teknologi yang canggih. º Contoh : misalnya pembuatan kapal terbang penumpang oleh Syarikat Boeing dan Air Bus. »
  • Firma baru dihalang daripada memasuki dalam pasaran kerana tidak mempunyai teknologi yang diperlukan Firma tidak berupaya menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menguasai pengetahuan dan teknologi serta melatih tenaga buruh yang diperlukan untuk menghasilkan barang.

No comments:

Post a Comment