11 February, 2010

Makro Bab 1 Pemboleh ubah Makroekonomi

Terangkan secara ringkas maksud dan kepentingan pemboleh ubah makroekonomi berikut
a. pendapatan negara
b. pengangguran dan guna tenaga.

3 comments:

  1. a. Pendapatan negara atau KNK ialah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah negara pada sesuatu tahun.
    Kenaikan KNK secara umumnya menaikkan taraf hidup rakyat secara umum kerana jumlah barangan yang dinikmati penduduk telah bertambah. Kegiatan ekonomi menjadi cergas dan peluang pekerjaan baru dicipta apabila KNK meningkat. Data ini memberi maklumat kepada kerajaan untuk melaksanaan dasar ekonomi yang sesuai untuk menaikan KNK.

    b. Guna tenaga ialah jumlah tenaga buruh yang terlibat dalam kegiatan ekonomi untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Penganggur ialah tenaga buruh yang ingin dan sanggup bekerja pada kadar upah tertentu tetapi masih belum mendapat pekerjaan.
    Kadar guna tenaga yang tinggi bermakna semakin banyak buruh digunakan dan negara mengalami pertumbuhan ekonomi yang positif. Pembaziran sumber manusia tidak berlaku dan tenaga buruh dapat menggunakan kemahiran mereka untuk menceburi dalam pelbagai kegiatan ekonomi.

    ReplyDelete
  2. Jelaskan kepentingan pembolehubah makroekonomi kepada ekonomi. TQ

    ReplyDelete
  3. hanya 2 saja ke tentang pemboleh ubah makroekonomi ni?

    ReplyDelete