16 June, 2009

Bab 1 : Huraikan 3 ciri yang membezakan sistem ekonomi pasaran bebas dengan sistem ekonomi perancangan pusat.

7 comments:

  1. i. Campur tangan kerajaan dalam ekonomi
    • Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, semua keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga iaitu interaksi kuasa permintaan dan penawaran. Mekanisme harga akan menyelaraskan secara sendiri untuk menyelesaikan masalah-masalah asas ekonomi. Kerajaan tidak campur tangan dalam membuat keputusan ekonomi. Peranan kerajaan terhad kepada menjaga keselamatan negara..
    • Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, kerajaan berkuasa penuh dalam membuat keputusan ekonomi. Kerajaan berkuasa sepenuh menentukan apa dan berapa banyak sesuatu barang dikeluarkan , kaedah mengeluar dan mengagihkan barang tersebut. Mekanisme harga tidak memainkan peranan dalam penyelesaian masalah asas ekonomi.

    ii. Pemilikan sumber ekonomi
    • Dalam sistem ekonomi pasaran bebas, individu mempunyai kebebasan memiliki faktor dan harta persendirian. Individu juga bebas menggunakan sumber ekonominya untuk menjalankan kegiatan ekonomi untuk memaksimumkan keuntungan atau memenuhi kepuasan mereka.
    • Dalam sistem ekonomi perancangan pusat, semua sumber ekonomi ialah hak milik kerajaan. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memiliki faktor dan harta persendirian. Individu tidak mempunyai kebebasan untuk memilih atau mengeluarkan barang kerana semuanya ditentukan oleh kerajaan.

    iii. Matlamat.
    • Pelaku dalam sistem ekonomi pasaran bebas mengutamakan kepentingan diri. Pengguna bermatlamat untuk memaksimumkan kepuasan diri, manakala pengeluar bermatlamat untuk memaksimumkan keuntungan. Matlamat ini mendorong mereka menggunakan sumber ekonomi untuk mengeluarkan barang dengan cara paling cekap. Namum, matlamat yang mementingkan diri menyebabkan pengguna dan pengeluar mengabaikan kos sosial dalam aktiviti penggunaan dan pengeluaran mereka sehingga menimbulkan kesan luaran negatif yang merugikan pihak lain.
    • Sistem ekonomi perancanga pusat mengutamakan kebajikan masyarakat dan bukannya keuntungan. Individu tidak dapat memperoleh keuntungan persendirian dalam sistem ini. Matlamat utama ekonomi ialah kebajikan dan kesamarataan. Untuk mencapai matlamat ini, kerajaan menggunakan sumber ekonomi untuk meningkatkan kebajikan rakyat dengan mengeluar dan mengagihkan barang dan perkhidmatan kepada rakyat secara saksama.

    ReplyDelete
  2. selepas membaca jawapan yang diberi, sekarang saya lebih mamahami apa yang diminta oleh soalan ini. terima kasih

    ReplyDelete
  3. tq mr yeam...its really help,,
    bab 2 n 3 ble nk msk...hu3

    ReplyDelete
  4. Saya juga turut memahami apa yang harus dijawab berkaitan soalan ini. Namun, selain tiga perbandingan ini, adakah terdapat lagi perbandingan lain yang berkaitan?

    ReplyDelete
  5. Saya akan upload soalan esei Bab 2 kemudian

    ReplyDelete
  6. thank you mr.yeam... you help me to answer the question.......he3

    ReplyDelete
  7. mr yeam ...
    i need your help !!
    how to answers this question...please

    Q:Tarif sistem ekonomi pasaran bebas,sistem perancangan,dan sistem ekonomi campuran.

    ReplyDelete