06 October, 2010

Masalah asas ekonomi

  1. Mengapakah masalah asas ekonomi wujud?
  2. Terangkan dua masalah asas ekonomi
  1. Masalah asas ekonomi wujud kerana sumber ekonomi adalah terhad sedangkan kehendak manusia dalah tidak terbatas
  2. Apa dan berapa banyak barang yang hendak dikeluarkan

Masalah kekurangan menyebabkan masyarakat perlu membuat pilihan tentang apakah jenis barang dan perkhidmatan yang hendak dikeluarkan mengikut keperluan yang lebih utama. Sumber ekonomi perlu diagihkan kepada pengeluaran pelbagai jenis barang untuk memaksimumkan kepuasan masyarakat. Masyarakat juga perlu menentukan berapa banyak barang itu harus dikeluarkan supaya sumber ekonomi tidak digunakan secara berlebihan untuk mengeluarkan sesuatu barang.


ii. Bagaimana barang hendak dikeluarkan

Bagaimana barang hendak dikeluarkan merujuk kepada kaeadah yang digunakan untuk menghasilkan barang. Untuk mengelakkan pembaziran, pengeluar perlu menentukan kaedah pengeluaran yang paling cekap untuk memaksimum keuntungan. Pengeluar perlu memilih teknik pengeluaran yang menggunakan kaedah intensif buruh atau intensif modal untuk meminimumkan kos pengeluaran.


1 comment: