08 January, 2011

Inflasi Dijangka Bukan Jadi Isu Utama Tahun Ini, Kata Pakar Ekonomi AmResearch

KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) -- Inflasi dijangka tidak menjadi isu utama tahun ini memandangkan penarikan subsidi yang perlahan dan prospek ringgit akan kekal kukuh, kata pakar ekonomi kanan dengan Amresearch Sdn Bhd.

Bagaimanapun Manokaran Mottain berkata kenaikan harga bahan api baru-baru ini mungkin menolak kadar inflasi kepada 2.5 peratus tahun ini daripada hanya dua peratus tahun lepas.

"Tinjauan masa depan inflasi dan keadaan permintaan lemah memberi lebih banyak ruang untuk tindakan
dasar kewangan.

"Bagaimanapun kami menjangka
Bank Negara akan memulakan dasar menjadikan kadar faedah pada biasa sekali lagi pada separuh kedua tahun ini dan kami mengunjur kenaikan tambahan 50 mata asas," katanya dalam nota penyelidikan Isnin.

Mengenai ringgit, Manokaran berkata mata wang tempatan dijangka terus naik ke paras 2.92 berbanding dolar pada pertengahan tahun, bergantung kepada pakej rangsangan kedua, kadar faedah masa depan China dan dasar mata wang dan pemulihan perdagangan global.

Beliau berkata kenaikan tidak akan mampan dalam jangka panjang memandangkan
"wang panas" berpotensi meninggalkan negara jika dolar AS pulih.

"Oleh itu, kita mungkin melihat paras 2.97 lebih rendah menjelang akhir tahun ini," katanya.

Manokaran berkata
ekonomi Malaysia akan sederhana kepada 5.5 peratus tahun ini dengan ketidaktetuan yang bertambah dalam ekonomi global bersama-sama dengan permintaan luar yang berkurangan.

Meskipun sektor perkhidmatan yang kukuh dan peningkatan dalam permintaan domestik,
kesan kelembapan ekonomi dunia telah dapat dilihat dengan pertumbuhan terjejas dalam dua suku lepas tahun lalu, katanya.

Beliau berkata sektor perkhidmatan dijangka terus berkembang sebanyak 5.5 peratus tahun ini disokong
oleh kenaikan dalam permintaan domestik dan aktiviti berkaitan perdagangan.



-- BERNAMA

1 comment: