16 June, 2009

Bab 1 Terangkan perbezaan ciri sistem ekonomi kapitalis dengan sistem ekonomi Islam

9 comments:

  1. Sistem ekonomi kapitalis dan system ekonomi Islam berbeza dari aspek:

    1. Matlamat dan objektif ekonomi
    Dalam sistem ekonomi kapitalis, individu membuat keputusan berdasarkan kepentingan persendirian. Pengguna membeli barangan dengan matlamat untuk memaksimumkan kepuasan diri, manakala pengeluar membekalkan barangan dengan matlamat memperoleh keuntungan yang maksimum. Dalam sistem ekonomi Islam keputusan ekonomi pengguna atau pengeluar adalah berdasarkan hukum-hakam syariat. Kegiatan ekonomi yang dijalankan bermatlamat untuk mencapai kesejahteraan di dunia dan di akhirat dan bukan untuk memaksimumkan kepuasan atau keuntungan semata-mata.

    2. Pemilikan harta persendirian
    Dalam sistem ekonomi kapitalis. individu mempunyai kebebasan untuk memiliki dan menentukan cara penggunaan faktor dan harta persendirian. Individu bebas membuat pilihan bagaimana menggunakan faktor pengeluaran yang dimiliki untuk menjalankan kegiatan ekonomi. Dalam sistem ekonomi Islam. Individu juga mempunyai kebebasan untuk meiliki harta dan kekayaan persendirian selagi ia tidak bertentangan dengan syariah Islam. Islam melarang pengumpulan kekayaan atau harta yang tidak berpatutan kepada individu. Individu hanya merupakan pemegang amanah untuk menggunakan sumber-sumber bagi menjalan kegiatan ekonomi yang diredai Allah.

    3. Peranan mekanisme harga
    Dalam sistem ekonomi kapitalis, semua keputusan ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga. Perubahan dalam permintaan dan penawaran yang mempengaruhi harga akan mengubah cara bagaimana masyarakat menggunakan sumber ekonominya. Kerajaan tidak campur dalam kegiatan ekonomi. Dalam ekonomi Islam, mekanisme harga juga berfungsi untuk menyelesaikan masalah asas ekonomi. Namun, kerajaan juga campur tangan dalam kegiatan ekonomi untuk memastikan rakyat dapat menikmati keperluan-keperluan asas, menggalakkan pembangunan ekonomi yang menyeluruh dan mengurangkan jurang perbezaan pendapatan di kalangan rakyatnya. Kerajaan juga perlu mengawas kegiatan ekonomi yang dilajankan oleh individu tidak mendatangkan kesan luaran negatif.

    ReplyDelete
  2. Bagi isi yang ketiga, iaitu peranan mekanisme harga. Adakah lebih baik sekiranya nyatakan bahawa sistem ekonomi Islam membuat keputusan ekonomi melalui mekanisme harga serta campur tangan kerajaan dengan berdasarkan "prinsip Islam"?

    ReplyDelete
  3. sekarang saya tahu bahawa terdapat begitu banyak kelemahan dalam jawapan saya...

    ReplyDelete
  4. selalunya berapakah markah yang diperuntukkan untuk soalan sebegini???

    ReplyDelete
  5. mengapakah terdapat banyak negara yang mengamalkan sistem ekonomi campuran sedangkan ahli ekonomi menanggap sistem ekonomi pasaran bebas adalah lebih baik?

    ReplyDelete
  6. tolong terangkan saya perbezaan antara barang awam dengan barang ekonomi

    ReplyDelete
  7. saya nak tahu perbezaan antara barang awam dengan barang persendirian

    ReplyDelete
  8. bolehtak di terangkan perbandingan antara sistem ekonomi kapitalis dan sosialis

    ReplyDelete