14 October, 2011

Terangkan EMPAT faktor yang dapat menyebabkan penawaran tak anjal

1 comment:

  1. Terangkan EMPAT faktor yang dapat menyebabkan penawaran tak anjal
    a. Tambahan kos pengeluaran yang besar
    Penawaran cenderung bersifat tidak anjal sekiranya pertambahan dalam penawaran melibatkan tambahan kos pengeluaran yang tinggi seperti pembinaan loji yang baru dan pemasangan kelengkapan yang baru. Pengeluar akan kurang kesanggupan untuk menambahkan keluaran walaupun harga telah naik.
    b. Kesukaran untuk mendapat faktor pengeluaran
    Penawaran bersifat tidak anjal apabila input yang diperlukan untuk menambahkan output sukar ditambah atau didapati. Penawaran tidak mudah ditambah kerana pengeluar memerlukan faktor pengeluaran yang khusus, misalnya jika firma menghadapi masalah kekurangan pekerja yang mahir, operasi firma akan terjejas.
    c. Pengeluaran barang memerlukan tempoh masa yang panjang
    Penawaran tidak anjal kerana penghasilan barang memerlukan masa yang lebih panjang. Misalnya pengeluaran minyak kelapa sawit tidak dapat ditambah dengan kadar segera walaupun harganya telah naik kerana masa diperlukan untuk menunggu buahnya masak. Pengeluar tidak dapat meningkatkan kuantiti yang ditawarkan dengan banyak walaupun harga telah naik
    d. Bilangan firma dalam pasaranyang sedikit.
    Sekira pasaran mempunyai bilangan pengeluar yang sedikit, keanjalan penawaran akan bersifat tak anjal. Tambahan kuantiti barang yang ditawarkan terbatas apabila harga naik dengan banyak. Pengeluar tidak dapat menambahkan keluaran dengan bayak berbanding dengan pasaran yang mempunyai ramai pengeluar.

    e. Mobiliti faktor pengeluaran
    Faktor pengeluaran yang digunakan mempunyai tahap mobiliti yang rendah, pengeluar sukar memperoleh atau menambahkannya apabila hendak menambahkan keluaran. Oleh itu, walaupun tingkat harga naik dengan banyak namun kuantiti barang yang ditawarkan hanya bertambah sikit sahaja. Hal ini menyebabkan penawaran barang tersebut adalah tidak anjal.

    ReplyDelete