21 September, 2010

Bab 4 Mengapa harga sesetengah barang seperti air adalah rendah walaupun air banyak kegunaan, sedangkan harga sesetengah barang seperti batu permata

Harga yang sanggup dibayar oleh pengguna untuk memperoleh sesuatu barang tidak bergantung kepada kegunaan tetapi juga bergantung utiliti sut barang itu.
Semakin tinggi utiliti sut sesuatu barang, semakin tinggi harga yang sanggup dibayar oleh pengguna.

Barang seperti air yang mempunyai banyak kegunaan dan memberi jumlah utiliti yang tinggi kepada pengguna. Namum utiliti sut air adalah rendah kerana air mudah diperoleh dan air digunakan dalam kuantiti yang banyak. Ini menyebabkan pengguna tidak sanggup membelinya pada harga yang tinggi dan menetapkan harga air pada paras yang rendah.

Barang seperti batu permata walaupun kegunaannya tebatas tetapi utiliti sutnya tinggi kerana kuantiti batu permata kurang dan sukar diperoleh. Utiliti sut yang tinggi menyebabkan pengguna sanggup membelinya pada harga yang tinggi.

Diubahsuai daripada
Yeam Hock Kong, Strategi Menjawab & Skor Mikroekonomi (Kertas 1), Penerbit Nusamas, 2010.

No comments:

Post a Comment