17 September, 2009

Bab 6 Kuasa Monopoli

Soalan

A

Apakah yang dimaksudkan dengan kuasa monopoli?

[1]

B

Huraikan 2 faktor yang menyebabkan monopoli wujud dalam pasaran.

[4]

Rangka Jawapan

a 

Kuasa monopoli merujuk kepada keupayaan firma untuk menentukan harga atau kuantiti keluaran.

b 

Keperluan saiz modal yang besar.

  • Kegiatan pengeluaran sesetengah barang dan perkhidmatan memerlukan saiz modal yang besar untuk beroperasi dengan cekap dan menghasilkan output dalam kuantiti yang banyak. º Contoh : bekalan air dan eletrik memerlukan modal yang besar untuk pembinaan empangan, dan sistem jaringan. »
  • Firma perlu beroperasi secara besar-besaran sehingga menikmati pelbagai ekonomi bidangan yang dapat menurunkan kos per unit output. Firma baru dihalang daripada memasuki pasaran kerana firma yang sedia ada telah menguasai keseluruhan pasaran dengan output yang tinggi pada kos dan harga yang rendah. Amat sukar untuk firma yang baru masuk bersaing dengan firma yang sedia ada kerana saiz modal yang diperlukan besar dan risiko pelaburn adalah tinggi


     

Keupayaan teknologi

  • Pengeluaran barangan tertentu memerlukan teknologi yang canggih. º Contoh : misalnya pembuatan kapal terbang penumpang oleh Syarikat Boeing dan Air Bus. »
  • Firma baru dihalang daripada memasuki dalam pasaran kerana tidak mempunyai teknologi yang diperlukan Firma tidak berupaya menjalankan penyelidikan dan pembangunan untuk menguasai pengetahuan dan teknologi serta melatih tenaga buruh yang diperlukan untuk menghasilkan barang.

13 September, 2009

Bab 6 Perbandingan PPS dengan Pasaran bermonopoli









Bab 6 Perbandingan PPS dengan Monopoli






Bab 6 Dengan bantuan rajah, terangkan mengapa firma pasaran persaingan sempurna yang mengalami kerugian masih meneruskan operasi.






Berdasarkan gambar rajah di atas, keseimbangan berlaku apabila keluk kos sut (MC) sama dengan hasil sut (MR) di titik E1 pada harga P1 dan kuantiti Q1.  Jumlah hasil ialah 0P1E1Q1 mnakala jumlah kos ialah 0P2AQ1.  Firma kerugian sebanyak P1P2AE1.
Jumlah hasil dapat menampung semua kos berubah 0P0BQ1 dan sebahagian kos tetap P0P1AB.  Sekiranya firma tutup operasi, firma terpaksa menanggung semua kos tetap sebanyak P0P1AB. 

• Firma masih dapat meneruskan kegiatannya dengan menggunakan jumlah hasil untuk membiayai semua kos berubah dan menutup sebahagian kos tetap.
• Kerugian firma adalah lebih besar jika firma menutup berbanding dengan firma meneruskan operasinya. Justeru itu firma harus meneruskan operasinya untuk mengurangkan kerugian.
• Alasan-alasan lain :
i. Jika firma berhenti, firma akan kehilangan semua pelanggannya kerana pelanggannya telah beralih kepada pengeluar lain.
ii. Jika firma berhenti sementara dan memulakan operasi semula kemudian, firma terpaksa melatih tenaga buruhnya semula.
iii. Jika firma memberhentikan operasinya , firma akan mendapat imej yang buruk yang sukar dipulihkan semula di kemudian hari.

Bab 4 Dengan menggunakan pendekatan ordinal, terangkan bagaimana keseimbangan pengguna tecapai.



Keseimbangan pengguna tercapai apabila kepuasan yang diperoleh oleh pengguna daripada penggunaan sejumlah barang dengan sejumlah pendapatan tertentu berada pada tahap maksimum.
• Titik C dan D yang terletak pada keluk puas sama I1 walaupun merupakan kombinasi yang mampu dibeli oleh pengguna, tetapi kepuasan pengguna belum mencapai tahap maksimum. Pergerakan titik C dan D ke titik E akan membolehkan pengguna mencapai keluk puas sama I2 yang mempunyai aras kepusanan lebih tinggi.
• Titik F wlaupun terletak pada keluk puas sama I3 yang lebih tinggi, tetapi dengan belanjawan yang dibatasi oleh garis AB, kombinasi ini adalah di luar kemampuan pengguna.
• Dengan itu titik E ialah titik keseimbangan pengguna di mana sebarang perubahsuaian kombinasi barang setelah mencapai titik E akan mengurangkan tingkat kepuasan pengguna.
• Keseimbangan pengguna tercapai pada titk E di mana garis belanjawan bertangen dengan keluk puas sama yang tertinggi. Pada titik E kecerunan garis belanjawan bersamaan dengan kecerunan kelik puas sama

Kecerunan garis belanjawan = Kecerunan keluk puas sama
Px = MUx
Py MUy atau

MUx = MUy .........(1), dan
Px Py
Jumlah perbelanjaan = jumlah pendapatan
PxQx + PyQy= M ...........................(2)

12 September, 2009

Bab 4 Penerbitan Keluk Dd daripada KPH

Jelaskan keluk penggunaan harga dan terangkan bagaimana keluk ini boleh digunakan untuk menerbitkan keluk permintaan bagai barang biasa.

Matrik 2007/08

 

Keluk penggunaan harga ialah keluk yang menyambungkan titik-titik keseimbangan pengguna kesan daripada perubahan harga barang dengan andaian pendapatan pengguna tidak berubah.


 

Keluk permintaan dapat diterbitkan daripada keluk penggunaan harga seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Andaikan harga asal barang X ialah P0 dan pengguna mencapai keseimbangan pada titik E0 di mana garis belanjawan AB0 bertangen dengan keluk puas sama I0. Kuantiti X yang diminta ialah X0. Apabila harga X turun ke P1, titik keseimbangan pengguna berpindah daripada E0 ke titik E1. Kuantiti X yang diminta meningkat ke X1.


 

Jika harga X turun lagi dari P1 ke P2, titik keseimbangan pengguna berpindah daripada E1 ke E2. Kuantiti yang diminta bertambah ke X2. Sambungan titik-titik E0,E1 dan E2 membentuk keluk permintaan DD yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan songsang antara harga dan kuantiti diminta.

01 September, 2009

Bab 5 Hubungkait SRAC dengan LRAC



Dengan menggunakan rajah, terangkan hubung kait keluk kos purata jangka pendek dan keluk kos purata jangka panjang.  

Dalam jangka panjang, firma dapat merancang dan memilih saiz loji yang dapat meminimumkan kos pengeluaran. Keluk kos purata jangka panjang (LRAC) terdiri daripada satu siri keluk kos purata jangka pendek (SRAC) dengan setiap satu mewakili satu skala pengeluaran.  

Bagi keluaran ketika LRAC sedang menurun, LRAC bertangen dengan bahagian SAC yang sedang menurun. Pada tingkat keluaran ketika LRAC minimum, keluk SRAC bertangen dengan LRAC pada titik minimum. Bagi keluaran ketika LRAC sedang menaik, LRAC bertangen dengan bahagian SRAC yang sedang menaik

Bab 5 Berdasarkan contoh yang sesuai, terangkan maksud jangka masa pendek dan jangka masa panjang dalam proses pengeluaran.

Jangka masa pendek

  • tidak dapat menyeleraskan tingkat keluar mengikut kehendak pasaran
  • wujud input tetap (contoh) dan input berubah (contoh)
  • hanya dapat naikkan keluaran dengan mengubah input berubah.

Jangka masa panjang :

  • dapat megubah tingkat keluaran mengikut kehendak pasaran
  • semua input ialah input berubah.
  • Huraikan contoh