16 July, 2009

Bab 1 Terangkan hubungan kekurangan, pilihan dan kos lepas

Fikir :
- mengapa kekuraangan wujud?
- jika berlaku kekurangan, apa yang harus dibuat?
- apakah kesan jika pilihan dibuat.

1 comment:

  1. • Dalam kajian ekonomi, kehendak manusia merujuk kepada kehendak terhadap barang dan perkhidmatan.
    • Kehendak manusia adalah tidak terbatas kerana manusia mempunyai pelbagai kehendak, misalnya kehendak terhadap barang yang lebih berkualiti dan barang yang baru.
    • Kehendak yang tidak terbatas itu menimbulkan masalah kekurangan, iaitu keadaan di mana individu dan masyarakat tidak dapat memiliki semua barang dan perkhidmatan yang dikehendaki kerana kehendak melebihi daripada sumber yang sedia ada pada sesuatu masa.
    • Justeru itu, individu dan maysarakat perlu membuat pilihan mengagihkan sumber yang sedia ada untuk memperoleh barang yang menjadi pilihan utama.Misalnya dengan pendapatan yang terhad, individu tidak dapat memiliki semua barang yang dihendaki.
    . Kos lepas wujud apabila pilihan dibuat. Kos lepas ialah jumlah barang kedua terbaik yang perlu dilepaskan untuk memperoleh sejumlah barang yang menjadi pilihan terbaik.

    ReplyDelete